Monday, December 7, 2009

Jalan-Jalan Di Banda Aceh

Perkongsian semasa kami bercuti ke Aceh. Percutian ini telah di rancang secara tak sengaja. Kebetulan masa tu Air Asia ada buat promotion tiket kapal terbang murah. Apa lagi saya pun klik-klik tengok harga tiket memang berbaloi-baloi. Tiket pun di tempah untuk lima orang dewasa dan seorang baby, selama  4 hari  3 malam.Tiba masanya iaitu 20 hb Dis 2009 kami pun berangkat ke Aceh. Dalam kotak pemikiran saya ada banyak persoalan. Ya la.. Aceh dan Tsunami itulah kesan mendalam yang menjadikan Aceh terkenal seluruh dunia. Beribu-ribu bantuan di salurkan termasuklah negara ku Malaysia.

Lebih kurang 1 jam 45 minit kami masuk ke ruang udara Aceh. nampaklah Lapangan terbang Aceh yang di beri nama Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda . Tengok la gambar di bawah Airport Sultan Iskandar Muda . Ambil gambar masa hujan sebab masa tiba di Aiport cuaca hujan.





  Airport ni baru lagi. Masih dalam proses pembinaan. Di sekeliling Airport ini dipenuhi oleh kawasan sawah padi. Sampai di Airport kami telah di tunggu oleh pemandu pelancong yang telah saya hubungi. Pak Zul namanya. Bersama kawannya dia mengambil kami di Airport untuk pergi ke hotel. tapi sebelum tu lapar la pulak abah ajak makan dulu, kami makan nasi padang. Hidangan lauk-lauk dia sampai 30 jenis tak tau nak pilih mana satu. Baru rasa masakan padang betul..

Lepas tu kami pun bertolak lah ke hotel yang terletak berdekatan dengan Masjid Baitulrahman. Namanya Hotel Lading. Hotel ni pun kena tsunami jugak. Ada di tunjukkan gambar-gambar kesan tsunami dalam hotel. Ya la datang ke Aceh ni pun sememangnya nak tengok kesan-kesan tsunami jadi kami cari la tempat-tempat yang betul-betul kena tsunami.



Kami sampai dah petang hujan pulak, kami tak ke mana-mana sampai la malam.Di Aceh waktu awal satu jam dari waktu Malaysia. Pukul enam dah masuk waktu maghrib. Masjid Baitulrahman azan dua kali macam dekat Mekah. Sebelah masjid Pasar Aceh. Kat situ ada pasar sayur, ikan, buah especially buah salak, kain tudung dan macam-macam ada. Kat situ jugak ada shopping complex baru. Ada jual macam-macam sediakan duit je...
 Ini la masjid Baitulrahman yang telah menyelamatkan warga Aceh yang terperangkap dalam tsunami

tunggu cerita seturusnya tentang masjid ini...


Malam harinya kami keluar makan Bakso. Ya,...lain daripada bakso Malaysia, lebih sedap dan original (tak tau la di bahagian Indonesia yang lain, mungkin ada lagi sedap).

Hari kedua kami memulakan lawatan iaitu ke tempat kapal besar tersadai. Bayangkan ombak laut boleh angkat kapal seberat 5 tan lebih kurang 8 km dari laut ke darat. Ceritanya, ramai yang tewas, seperti yang kita dengar dalam berita. Kapal ni katanya membawa janakuasa elektrik untuk Banda Aceh.



Lepas tu kami melawat Taman mini yang memperlihatkan gambar-gambar semasa tsunami.




Di antara gambar-gambar yang di pamerkan termasuklah:
 



Kalau di lihat gambar-gambar ni dengan Aceh sekarang memang la jauh berbeza. Aceh telah memperlihatkan pembangunan yang agak pantas. Mana tak nya seluruh dunia bagi bantuan. Tak nampak sangat kesan tsunami tapi kesan pembangunan akibat tsunami memang ketara.Banyak bangunan-bangunan baru, kenderaan baru dan perusahaan-perusahaan baru.

Kemudian kami tengok satu lagi kapal yang tersangkut atas rumah orang seperti yang kita tengok dalam berita. Sekarang kapal ni jadi bahan sejarah. Kalau pelancong datang dia orang akan di bawa kesini  sebagai salah satu daripada lawatan.




Lepas tu kami melawat Muzium. Ini persekitran dan dalam muzium..




Dalam muzium ini ada cerita sejarah Masjid Baitulraman dan jugak ulamak terkemuka di Aceh iaitu Syiah Kuala (nantikan cerita selanjutnya mengenai ulamak ini..tunggu)

Ini model masjid Baitulrahman dari mula ia dibina



Ini yang sekarang




Dan di sebelah malam pula kami pergi makan di restoran masak mee kepiting (ketam) kat Banda Aceh.

Hari ketiga, kami pergi melawat makam Ulamak besar Aceh iaitu Syeich Abdurrauf Bin Ali Alfansuri Assingkili. Ini kawasan  makam, sejarah dan peraturan masuk ke makam ...



Dik kerana ketokohan yang ditunjukkan nama beliau telah di abadikan kepada salah sebuah universiti di Aceh yang dikenali dengan nama Universiti Syiah Kuala.
 Ini pula adalah penjaga makam yang menjaga makam dan telaga. Beliau memberi pengunjung merasai kesejukan air telaga yang telah telah berada di situ semenjak kehadiran Syiah Kuala.




Seterusnya kami pergi ke Pesentran kat Malaysia di kenali dengan nama sekolah pondok. Di Pesentran ni ada khazanah yang paling berharga iaitu kitab lama yang di tulis tangan. Ini la kawasan pesentran dan rumah tuan guru. Tuan guru tersebut telah meninggal dunia tiga tahun yang lalu. Kawasan ni kira kawasan persendirian. Kalau nak ambil gambar kena tanya tuan rumah tak boleh la buat sesuka hati. Antara gambar yang dapat di ambil


dan yang paling menarik gambar ikan di bawah ni, ikan ni naik ke permukaan bila Aiman panggil.



Setelah selesai kami pun balik dan singgah makan tengah hari di restoran yang menyediakan hidangan ayam kampung.

Dah kenyang apa lagi balik la ke hotel untuk berehat sementara nak tunggu malam. Dalam perjalanan kami singgah kat Masjid, kemudian pergi pasar Aceh sebelah masjid. Dah shopping kami pergi makan sate Aceh. Cara hidangan berbeza la sikit dari kita.OK je..

Lupa pulak nak cerita pasal shoping. Kat Aceh shoping kraftangan (souvenir) di Lhong Raya.
 
Hari terakhir kami di bawa melawat rumah-rumah adat Aceh. Macam dalam gambar ni..



Lepas tu kami pun bertolak balik ke airport naik kapal terbang pukul 2.30 petang waktu Aceh.

Sebenarnya banyak lagi nak cerita, ni adalah sebahagian daripada perjalanan yang menarik semasa melawat Aceh. Rasailah sendiri perjalanan ini banyak yang boleh di ambil iktibar. Hubungi saja mereka kalau nak ke Aceh insyaAllah mereka dapat memperlihatkan Aceh kepada anda. Kalau nak belajar bahasa Jerman pun boleh sebab Pak Zul ni guru bahasa Jerman.




Sampai sini dulu. Kalau nak tahu kemana mereka boleh bawa anda  untuk rewang-rewang klik kat sini. Nanti kita cerita tentang lambaian kaabah in next session.......







2 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete